Tugas Penting Azizan Ariffin

Sepanjang kerjaya beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai tugas penting di peringkat staf, pemerintah dan tiga Perkhidmatan ATM. Antaranya, beliau pernah menyandang tugas sebagai Ketua Skuadron VIP, pemeriksa (examiner), ketua dan jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan salah seorang ahli Tim Penerbangan Akrobatik TUDM iaitu Tim Taming Sari. Antara jawatan penting lain adalah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabab (Pakistan), Pengarah Latih di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No 2 Divisyen Udara. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. Berkat ketokohan yang beliau miliki telah melayakkan beliau dilantik menjadi Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan sekaligus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama dari Perkhidmatan Udara.